Sunday, September 12, 2010

Edcoustic – Aku Ingin MencintaiMu Setulusnya

Tuhan betapa aku malu

Atas semua yang Kau beri

Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa

Entah mungkin karna ku terlena

Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali

Agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia

Untuk menghambakanMU

Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU

Aku ingin mencintaiMU setulusnya,

Sebenar-benar aku cinta Dalam do`a

Dalam ucapan

Dalam setiap langkahku

Aku ingin mendekatiMU selamanya

Sehina apapun diriku

Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi



Duhai Allah

Munsyid : Seismic

Duhai Allah duhai Allah
Pemilik segala alam raya
Kepada-Mu bermuara doa
Kepada-Mu bermuara cinta

Duhai Allah duhai Allah
Hanya kepada-Mu daku mengadu
Kuberdoa hanya pada-Mu
Ya Allah jangan tinggalkan daku

Duhai Allah Yang Kuasa
Cahya-Mu mulya alangkah indahnya
Terangi hati yang lama resah
Tentramkan jiwa yang gelisah

Duhai Allah duhai Allah
Rinduku biru hanyalah milik-mu
Dekatkanlah daku dengan-Mu
Ya Allah jangan tinggalkan daku

Duhai Allah Yang Kuasa
Cinta-Mu mulya alangkah indahnya
Sirami hati yang lelah resah
Teduhi jiwa yang gelisah

Friday, April 30, 2010

"Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya. "


"Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya yang mana kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas"



"Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan
keselamatan.
"



"Peliharalah iman kamu dengan memperbanyakkan sedekah,
bentenglah hartamu dengan mengeluarkan zakat dan tolaklah gelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa kepada Allah
"


- Saidina Ali bin Abi Thalib -
Saidina Umar bin Al-Khatab r.a. berkata :

· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.

· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Wednesday, April 21, 2010

Abu Laits berkata : "Awaslah kamu dari ketawa berlebih-lebihan
kerana ketawa mengandung 8 bahaya.

· Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akal.
· Memberanikan orang bodoh kepadamu
· Jika engkau bodoh nescaya betambah kebodohanmu dan bila engkau alim berkurang ilmumu sebab ada riwayat: Seorang alim jika ketawa beerti telah memuntahkan ilmunya.
· Melupakan dosa-dosa yang lampau
· Memberanikan membuat dosa di masa depan, sebab bila ketawa terbahak membekukan hatimu.
· Melupakan mati dan akhirat
· Engkau menanggung dosa orang yang ketawa kerana
ketawamu
· Ketawa terbahak-bahak itu menyebabkan banyak menangis
di akhirat.

Tuesday, April 20, 2010

Keadaan hamba ini hanya ada empat macam:
Nikmat, bala,taat dan maksiat.
-Maka jika ada di dalam nikmat, kewajipan hamba adalah bersyukur kepada Allah
-dan jika menerima bala harus sabar.
-Dan jika dapat melakukan ketaatan harus merasa mendapat taufik hidayat dari Allah.
-Dan bila tergelincir dalam dosa maksiat, maka harus membaca istighfar

-Abbas AlMasri -
"Sesungguhnya yang lebih lama susahnya di dunia ialah lama
gembiranya di akhirat dan lebih lama kenyang di dunia akan
lebih banyak lapar di akhirat "
- Ibnu Asahir-

Selamat dari seksa kubur...

Jika seseorang itu hendak
selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara
semuanya :

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana
dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat
menyinari kubur dan melapangkannya.

Abu Laits as-Samarqandi

Thursday, April 15, 2010

Assalamualaikum wbt..

artikel ini satu pesanan y diamanahkn untuk sy disebarkn...

mohon simpati dr smua...


MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA


Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo. com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.



Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.


Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

Wednesday, April 14, 2010

Jom Kongsi Hikmah Solat Untuk Kebaikan Semua


Solat atau sembahyang adalah rukun kedua yang menjadi asas terbinanya Islam. Solat juga merupakan tiang agama dan satu ibadah wajib ke atas setiap umat Islam melakukannya dalam apa jua keadaan selagi akalnya masih waras. Dalam al-Quran terdapat lebih 25 tempat ayat " Aqama " yang merujuk kepada makna perintah mengerjakan atau mendirikan solat dan terdapat lebih 70 kali perkataan " Assolah " atau sembahyang diulang dan disebut dalam al-Quran, antaranya Firman Allah SWT yang bermaksud :


"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (Surah an-Nisa' : 103)


Sebagai umat Islam, samada remaja, muda-mudi, dewasa, lelaki mahupun perempuan hendaklah memerhati, memahami dan menghalusi sehalus-halusnya perintah solat ini. Sebab itu, Baginda nabi SAW telah berpesan kepada umat Islam sejak 1400 tahun lalu supaya ibu bapa mengajar dan menyuruh anak-anak tentang ibadah sembahyang sejak umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka jika enggan sembahyang ketika berumur 10 tahun. Kita wajib berdoa mengharapkan anak-anak dan keturunan kita sentiasa mendirikan sembahyang sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud:


Wahai Tuhan kami! kurniakanlah keampunan kepada ku dan kepada kedua ibu bapa ku serta kepada orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hisab dan pembalasan." (Surah Ibrahim : 40)

Begitu juga kita hedaklah menyuruh kaum keluarga kita mengerjakan solat seperti Firman Allah dalam surah Toha ayat 132 yang bermaksud :

"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."


Di sini dapat difahami betapa besarnya kepentingan sembahyang kepada orang-orang Islam yang beriman, di antaranya :

Solat dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku." (Surah Toha ayat : 14)

Berdasarkan maksud ayat tersebut sembahyang adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah SWT. Sekaligus sembahyang juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah SWT. Atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita.

Solat dapat menghapus dosa

Kita umat Islam tidak terlepas dari melakukan dosa dan solat lima kali sehari semalam dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud :


"Dari Abi Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang-sembahyang itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

Solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar

Solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukun-rukunnya boleh mencegah orang yang melakukannya dari melakukan maksiat dan kemungkaran. Firman Allah SWT yang bermaksud :


"…. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Ankabut : 45)

Solat dapat memberi barakah hidup dan berbahagia kehidupan

Kehidupan orang yang memelihara solat jauh berbeda dengan orang yang meninggalkannya. Ini Jelas kita melihat orang yang memelihara solat kehidupannya dipenuhi dengan keberkatan dan kebahagiaan. Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :


"Sesungguhnya berbahagia dan berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (Surah al-Mukminun : 1-2)

Perlu diingatkan, bahawa solat adalah ibadah yang diterima oleh Baginda nabi SAW secara langsung daripada Allah SWT, ketika nabi SAW mengadap Allah SWT di “Sidratul Muntaha” dalam peristiwa Isra’ Mikraj adalah berbeza dengan ibadah lain seperti ibadah puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan perantaraan malaikat Jibril AS pembawa wahyu. Ini adalah satu kenyataan bahawa ibadah sembahyang itu terlalu istimewa di sisi Allah SWT.


Dari segi perubatan dan kesihatan solat yang khusyuk boleh mendamaikan jiwa, mengawal tekanan perasaan dan menjadikan tubuh badan menjadi sihat serta cergas. Begitu juga, Rasulullah SAW ketika berhadapan masalah, akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi baginda adalah amalan penyejuk hati. Seterusnya golongan yang memperkecilkan solat merupakan golongan yang sesat. Dalam surah Maryam ayat 59 yang bermaksud :


"Maka datanglah selepas mereka pengganti (yang keji) yang mensia-siakan solat mereka serta mengikut hawa nafsu maka kelak mereka akan menemui kesesatan."

Abdullah bin Abbas berkata maksud mensia-siakan solat bukanlah meninggalkan solat sama sekali tetapi melewatkan dari waktunya. Imam Said Ibni al-Musayyib berpendapat iaitu mereka melaksanakan solat Zuhur dalam waktu Asar, solat Asar di dalam waktu Maghrib, solat Maghrib di dalam waktu Isyak dan solat Isyak ditangguhkan sehingga masuk waktu subuh serta solat subuh dilaksanakan selepas matahari terbit. Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat dia akan dihumbankan ke dalam sebuah lembah yang bernama "Ghaiy" di dalam neraka dan diberikan makanan yang amat jijik. Hal ini disebutkan oleh Said Hawa dalam kitab "Asas Fi Tafsir". Jika bersolat fardhu di luar waktu sudah begini hukumnya, bayangkanlah azab yang bakal menimpa mereka yang tidak bersolat fardhu sama sekali.

by Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal

Saturday, March 20, 2010

~Cinta Bersulam Noda~

Di malam sepi kusujud menghadap-Mu

Mengharap maghfirah dari-Mu

Oh Tuhan Yang Esa



Kucemari hidup dengan kesesatan

Membutakan hati yang sering terleka

Terasa jauh diriku dari Tuhan

Dengan godaan syaitan



Kutahu Dialah penerima taubat

Walaupun kusering tinggalkan suruhan

Berilah kesempatan ini untuk berubah



Cintaku dambakan hanya pada-Mu oh Tuhan

Terimalah permintaan dariku hamba yang hina

Kusering berjanji namun sering kumungkiri

Janji yang tak pernah lagi kutepati



Kupasrahkan segala pada-Mu oh Tuhan

Jangan kau palingkan hati ini dari kebenaran

Andai esok nafasku terhenti di sini

Kumohon jauhkan diriku dari azab-Mu



Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty

MENJADI SEORANG YANG IKHLAS


Di antara hal-hal yang dapat menimbulkan keikhlasan yaitu:

1. Do’a

Hidayah seluruhnya ada ditangan Allah dan hati manusia berada di antara dua dari jari-jemari Allah yang Maha Pengasih. Ia membolak-balikkannya sesuai dengan kehendak-Nya. Oleh karena itu, kembalilah kepada Dzat yang seluruh hidayah berada di tangan-Nya, mintalah selalu dari-Nya keikhlasan. Umar bin Khathab senantiasa berdo’a, “Ya Allah, jadikanlah amalku shalih semuanya, dan jadikanlah ia ikhlas karena-Mu, dan janganlah Engku jadikan untuk seseorang dari amal itu sedikit pun.”

2. Menyembunyikan Amal

Semakin tersembunyi suatu amalan, maka semakin besar pula peluangnya untuk diterima dan semakin kuat pula untuk dilakukan dengan ikhlas. Orang yang benar-benar ikhlas suka untuk menyembunyikan amalnya sebagaimana ia suka untuk menutup-nutupi kejelekkannya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Ada tujuh golongan yang Allah akan menaungi mereka di bawah naungan ‘Arsy-Nya di hari tiada naungan selain naungan-Nya.

Pemimpin yang adil, seorang pemuda yang dibesarkan dalam nuansa beribadah kepada Allah, seorang laki-laki yang hatinya selalu terikat dengan masjid, dua orang yang saling mencintai karena Allah; keduanya bertemu dan berpisah karena-Nya, seorang laki-laki yang diajak berzina oleh wanita yang cantik dan terpandang lalu (menolaknya dan) mengatakan, “Aku takut kepada Allah,” dan seseorang yang bersedekah dengan sesuatu lalu ia berusaha menutupinya sampai-sampai tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (Muttafaq ‘alaih)

3. Memperhatikan orang-orang yang amalannya lebih baik

Dalam beramal shalih, berusahalah untuk selalu meneladani para nabi dan orang-orang shalih. Allah Ta’ala berfirman, “Mereka itulah orang-orang yang telah diberikan petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka. Katakanlah, ‘Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan (Al-Qur’an).’ Al-Qur’an itu tidak lain hanyalah peringatan untuk segala umat.” (QS. Al-An’am: 90)
Dengan membaca biografi orang-orang shalih dari kalangan ulama, ahli ibadah, orang-orang terpandang, dan orang-orang zuhud, hal itu akan berkesan untuk menambah keimanan di dalam hati.

4. Menumbuhkan sikap khawatir jika amal-amalnya tidak diterima

Anggap remehlah semua amal yang telah kita lakukan, kemudian berusahalah untuk selalu khawatir jika amal-amal yang telah kita kerjakan tidak diterima. Konon, para salaf sering mengucapkan dalam do’a mereka, “Ya Allah, kami memohon agar Engkau mengaruniai kami amal shalih dan menjaganya.” Di antara bentuk penjagaan tersebut ialah sirnanya sikap kagum dan bangga terhadap amalan pribadi, namun justru rasa khawatirlah yang tersisa kalau-kalau amalnya belum diterima.

5. Tidak terpengaruh dengan ucapan orang

Orang yang mendapat taufik ialah orang yang tidak terpengaruh dengan pujian orang. Kalau orang-orang memujinya ketika melakukan suatu kebaikan, maka hal tersebut justru menjadikannya lebih tawadhu’ dan takut kepada Allah. Ia yakin bahwa pujian orang hanyalah ujian belaka baginya. Tidak ada pujian yang bermanfaat dan celaannya yang berbahaya selain dari Allah semata.
Sumber:

Langkah Pasti Menuju Bahagia, Dr. Abdul Muhsin bin Muhammad Al-Qasim: Daar An-Naba’

Wednesday, March 17, 2010

Ya Illahi...
jadikanlah hati ini hati yg tenang, hidup yg berjalan bersama kehidupan, yg melihat & yg mendengar, yg tawadhu' dalam ridha-mu

Ya Rabbi...
janganlah jadikan hati ini mati, lemas dalam kesibukan hidup, gersang dalam kemarau rohaniah, kaku dalam kelongsong jasadi. hidupkanlah ya allah...sekeping hatiku yg tersisa ini dgn tangan belas kasih-mu, semoga jadi gerbang menuju cinta hakiki untuk kehidupan abadi disisi-mu...
amiin ya rabb...

Tuesday, March 16, 2010

-Kematian Menghampiriku-

Kematian semakin m'hampiriku..
Namun amalan ku umpama pasir pantai dilanda ombak
Sentiasa b'ubah dek krn dosa
Ku t'menung sejenak memikirkan dunia sedangkan dunia sedang meninggalkanku
Ku lupakan akhirat sedangkan akhirat semakin m'hampiriku
Betapa lalainya aku..

Monday, March 15, 2010

Diriku Bukanlah Org Yg Sempurna..
Bukan Jg Org Yg Ingin Sempurna..
Aku Hanya Ingin M'jadi Org Yg Mampu Mengakui Kesempurnaan-MU;
Aku Takut Dgn-MU.. Aku Takut Dgn Kebesaran-MU.. Aku Takut M'buat-MU Marah.. Aku Takut M'buat-MU Murka Krn Tingkahku;
Ya ALLAH.. Berilah Aku Ketabahan.. Ketabahan M'jalani Hidup.. Hidup Yg Tlh ENGKAU Takdirkan Untukku.. Hidup Yg Tak Pernah Ku Ketahui Akhir Nantinya;
Aku Hanya Mampu B'sipu Di Hadapan-MU.. Aku Hanya Mampu M'harap Belas Kasih-MU.. Aku Hanya Mampu M'harap Maaf & Ampun-MU;
Berilah Hamba-MU Kemuliaan.. Kemuliaan Disisi-MU & RASULULLAH.. Letakkanlah Aku Disisi Org Kesayangan-MU.. Redhoilah Semua P'buatan Ku Sehari-Hari; Amiina ALLAH..

Saturday, March 13, 2010

~Titian Kehidupan~


Hidup Ini Hanya Seketika..
Bekalan Perjalanan Menuju Ilahi,
Yang Tak Pasti Panjang Singkatnya..
Bila-Bila Masa Kita Akan Dipanggil Pergi,
Untuk Bertemu Dengan-Nya..
Untuk Dihitung Amalanmu..
Untuk Dikira Segala Kerjamu Di Dunia..
Maka Sinarilah Kesempatan Waktu Yang Ada,
Dengan Limpahan Iman Dan Taqwa..
Sebagai Bekalan Menyinari Kegelapan Persemadianmu Di Alam Barzakh..
Siramilah Ketandusan Jiwamu Dengan Keagungan Kalimah-Nya,
Yang Penuh Keberkatan..
Yang Penuh Keampunan..
Yang Penuh Keredhaan..
Agar Rahmat-Nya Kembali Mewarnai Istana Kehidupan Muslimin Muslimat Sejati..
Taman Dunia Tidak Kekal Lama,
Ibarat Bunga Layu Akhirnya..
Cintailah Akhirat Di Sana,
Kerana Ia Kekal Selama-Lamanya..
Cintailah Akhirat Di Sana,

Kerana Ia Kekal Selama-Lamanya..

~Pandangan islam terhadap pekerjaan seorang wanita yang dilakukan bersama-sama lelaki~

.: Pertanyaan :.
Apa pandangan Islam tentang pekerjaan seorang wanita bersama dengan laki-laki?

.: Jawapan :.
Seperti yang sudah diketahui keikutsertaan seorang wanita untuk bekerja dalam lapangan pekerjaan seorang laki-laki akan menyebabkan percampuran dalam pergaulan yang tercela dan berdua-duan dengannya. Hal tersebut adalah perkara yang sangat vital sekali, yang akibatnya juga sangat fatal dan hasilnya buruk serta akibatnya tidak baik, yakni bertentangan dengan dalil-dalil Islam yang menyuruh wanita untuk tetap berada di rumahnya dan mengerjakan pekerjaan yang dikhususkan dan diciptakan Allah untuknya agar menjadikannya jauh dari ikhtilath. Adapun dalil-dalil yang jelas dan shahih yang menunjukkan atas haramnya berduaan dengan selain mahram dan melihatnya serta sarana-sarana yang menjadi perantara untuk terlaksananya perbuatan yang diharamkan oleh Allah. Dalil-dalil yang banyak, jelas memutuskan percampuran yang menyebabkan perbuatan yang akibatnya tidak terpuji di antaranya adalah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Ertinya : Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang terdahulu dan dirikanlah shalat, tunaikan zakat dan taatilah Allah dan RasulNya, sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah Nabi) sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut laga Maha Mengetahui” [Al-Ahzab : 33-34]

“Ertinya : Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” [Al-Ahzab : 59]

“Ertinya : Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannnya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka” [An-Nur : 30-31]

“Ertinya : Apabila kamu meminta sesuatu keperluan kepada mereka (isteri-isteri Nabi) maka mintalah dari belakang tabir, cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka” [Al-Ahzab : 53]

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;

“Artinya : Hindarilah bercampur dengan wanita” (maksudnya selain mahram), dikatakan kepadanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu tentang saudara ipar?” Beliau menjawab : “Saudara ipar bagaikan kematian”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga melarang untuk bedua-duaan dengan wanita selain mahram secara umum seraya berkata.

“Ertinya : Sesungguhnya syaitan adalah orang ketiganya”

Dan melarang wanita bepergian kecuali bersama mahramnya untuk menutup jalan kerosakan, menutup pintu dosa, mencegah sebab-sebab kejahatan dan mencegah dua macam tipu daya syaitan berdasarkan ini, maka betul apa yang dikatakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

“Ertinya : Takutlah akan dunia dan wanita, kerana fitnah pertama yang menimpa bani Israil adalah dari wanita”

Seraya beliau bersabda;

“Ertinya : Saya tidak meninggalkan fitnah (godaan) yang lebih berbahaya bagi seorang laki-laki daripada fitnah perempuan”

Ayat-ayat dan hadits-hadits ini adalah dalil-dalil yang menjelaskan kewajiban menjauhi ikhtilath yang menyebabkan rosaknya keluarga dan hancurnya masyarakat. Dan ketika anda melihat kedudukan wanita di beberapa negara Islam, maka anda akan dapati mereka telah menjadi hina dan tercela kerana keluar rumahnya yang menjadikannya mengerjakan hal-hal yang sebenarnya bukan tugasnya. Orang-orang yang berakal dari negara-negara Barat telah menyeru keharusan untuk mengembalikan wanita kepada kedudukannya semula yang telah disediakan oleh Allah dan diatur sesuai dengan fisik dan akalnya, tetapi seruan itu telah terlambat.

Sebenarnya lahan pekerjaan wanita di rumah atau di bidang pengajaran dan lainnya yang berhubungan dengan wanita sudah cukup bagi wanita tanpa harus memasuki pekerjaan yang menjadi tugas para laki-laki. Kita memohon kepada Allah agar menjaga negara kita, negara kaum muslimin semua dari tipu daya musuh dan rencana-rencana mereka yang menghancurkan dan semoga Dia memberi taufik kepada kaum muslimin dan pemimpinnya serta para penulis buku untuk membawa kaum wanita kepada jalan yang sesuai dengan kedudukan mereka di dunia dan di akhirat sebagai pelaksanaan perintah dari Tuhan mereka dan Pencipta mereka yang Maha Mengetahui kebutuhan mereka dan semoga Dia memberi taufik para pemimpin Islam kepada jalan yang di dalamnya ada kemaslahatan manusia dan negara, serta dalam masalah kehidupan dan tempat kembali (akhirat) dan melindungi kita dan orang-orang muslimin lainnya dari kesesatan fitnah dan sebab-sebab kebencian, sesungguhnya Dia Maha Mengurusi hal tersebut dan menguasainya. [Fatawa Mar’ah, 2/94]

[Disalin dari kitab Al-Fatawa Al-Jami’ah Lil Mar’atil Muslimah, Edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita, Penyusun Amin bin Yahya Al-Wazan, Penerjemah Ahmad Amin Syihab, Penerbit Darul Haq]

HR Bukhari no 660, Muslim 1031 dari Abu Hurairah radiyyallahu anhu, yang artinya,"
“Tujuh golongan yang kelak akan dilindungi oleh Allah di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada lagi naungan kecuali naungan-Nya:
1. imam yang adil,
2.pemuda yang tumbuh dengan beribadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala,
3.seseorang yang hatinya selalu terpaut dengan masjid,
4.dua orang yang saling mencintai karena Allah, keduanya bertemu dalam keadaan demikian dan berpisah pun dalam keadaan demikian pula,
5.laki-laki yang diajak (berzina) oleh wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan, namun ia mengatakan: ‘Sesungguhnya aku takut kepada Allah’,
6. seseorang yang bersedekah namun ia menyembunyikan sedekahnya, hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya,
7.dan seseorang yang mengingat Allah dalam kesendiriannya, hingga kedua matanya bercucuran air mata.”
Salman Al Farisi radiyyallahu ‘anhu dari Ja’far bin Burqan yang artinya,

“Ada tiga orang yang membuatku menangis dan tiga orang lagi membuatku tertawa. Aku tertawa melihat orang mengejar dunia sedangkan kematian telah mengintainya, orang berbuat lalai berbuat padahal dirinya tak pernah dilupakan, dan orang banyak tertawa, sedangkan ia tidak tahu apakah Allah murka ataukah ridha kepadanya.

Dan aku menangis karena kepergian orang-orang yang dicintai, yaitu kepergian Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dan pengikutnya, kedahsyatan yang sangat mengerikan saat berada di pintu kematian, dan saat berdiri di hadapan Rabb semesta alam, yaitu ketika aku tidak mengetahui apakah aku akan dikembalikan ke surga atau ke neraka.

~Ketika ku mencintaiMU~


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya ALLAH..
Di mana lagikah dapat kutemui cinta sejati..
Kecuali pada cinta-MU..
Kemana lagikah hati ini harus berlabuh..
Kecuali pada kasih-MU..
Jadikanlah hati yang lemah ini Ya ALLAH..
Tertambat kukuh hanya pada-MU..
Aku mohon ridha atas segenap keputusan-MU..
Kesejukan setelah matiku..
Kenikmatan memandang wajah-MU..
Dan kerinduan untuk berjumpa dengan-MU..
Ampunilah diri yang tak berharga ini Ya ALLAH..
Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirah-MU..
Amiin..

Allah is enough for me

(the story of Prophet Yusuf)
When he was placed in the well
or locked in the dungeon
betrayed by his own flesh and blood
convicted of what he did not
handsome Yusuf sighed
Allah is enough for me!
Taken in as a slave
made to work night and day
resisting all temptation
Allah is enough for me!
Until the king had a dream
Many hard years had gone by
patience and repentance
Allah is enough for me!
Till...the fortunate day
there he sees his father
in the land of content
Allah is enough for me!
Handsome Yusuf cried
Allah is enough for me!
Every night brings a new day
Allah alleviates all pain
Everything has its end
Allah is enough for me!
Everything has its end
Allah is enough for me!
Allah is enough for me!

Sunday, February 7, 2010

Sunnah Orang Berjuang


Berjuang menempah susah
Menanggung derita menungkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelkana
Dibelenggu dia uzlah menagih bina
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi allah dan rasulnya

Berjuang tk pernah senang
OmbaK derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan sinar dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Sudah sunnah
Berjuang ke jalan allah

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yg perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yg ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yg fana atau syurga

Friday, February 5, 2010

Ya Allah..cintailah dia..

ya Allah...cintailah dia sebagaimana Engkau mencintaiku....

ya Allah...cintailah dia sebagaimana kekasih-kekasihMu mencintaiMu..

ya Allah...cintailah dia sebagaimana cintanya ibu dan ayah pada anak2nya...

ya Allah...cintailah dia sebagaimana cinta suami isteri keranaMu..

ya Allah...cintailah dia dengan cintaMu yang suci lagi tulus..sesungguhnya Engkau maha pencipta cinta..maha penyayang...maha pengasih...



























Saturday, January 30, 2010

Palestine Will be Free

Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?
And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira

Monday, January 18, 2010

Open Your Eyes

Munsyid : Maher Zain

Open Your Eyes

Look around yourselves

Can't you see this wonder

Spreaded infront of you

The clouds floating by

The skies are clear and blue

Planets in the orbits

The moon and the sun

Such perfect harmony



Let's start question in ourselves

Isn't this proof enough for us

Or are we so blind

To push it all aside..
No..



We just have to

Open our eyes, our hearts, and minds

If we just look bright to see the signs

We can't keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way

(Allah..)

Guide us every single day..

(Allah..)

Keep us close to You

Until the end of time..



Look inside yourselves

Such a perfect order

Hiding in yourselves

Running in your veins

What about anger love and pain

And all the things you're feeling

Can you touch them with your hand?

So are they really there?



Lets start question in ourselves

Isn't this proof enough for us?

Or are we so blind

To push it all aside..?

No..



We just have to

Open our eyes, our hearts, and minds

If we just look bright to see the signs

We can't keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way

(Allah..)

Guide us every single day..

(Allah..)

Keep us close to You

Until the end of time..




When a baby's born

So helpless and weak

And you're watching him growing..

So why deny

Whats in front of your eyes

The biggest miracle of life..



We just have to

Open our eyes, our hearts, and minds

If we just look quiet we'll see the signs

We can't keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way

(Allah..)

Guide us every single day..

(Allah..)

Keep us close to You

Until the end of time..



Open your eyes and hearts and minds

If you just look bright to see the signs

We can't keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way

(Allah..)

Guide us every single day..

(Allah..)

Keep us close to You

Until the end of time..



Allah..

You created everything

We belong to You

Ya Robb we raise our hands

Forever we thank You..

الحمد الله
Alhamdulillah..

Saturday, January 9, 2010

Usahamu untuk Mengetahui ciri-ciri aib

Syeikh Zarruq berkata :

" Jangan kamu sibukkan dirimu dengan meminta makrifah dan perkara ghaib yang lain tetapi sibukkanlah dengan mengetahui apa kelemahan dan keaiban pada dirimu."

Ibnu Athaillah:

"Usahamu untuk mengetahui ciri-ciri aib yang masih ada di dalam dirimu itu lebih baik daripada usahamu untuk mengetahui perkara ghaib yang terhijab ( disembunyikan daripada pandangan)."

Berusaha supaya terbuka hijab perkara yang ghaib-ghaib seperti karamah (kemuliaan) dan lainnya itu hendaklah dikemudiaankan. Perkara pokok yang utama ialah dengan menyibukkan diri mencari atau mengetahui keaiban atau kecacatan yang ada pada diri sendiri untuk diislahkan atau untuk diperbaiki. Inilah cara yang terbaik untuk mendapat apa yang kita hajati.

Imam Al- Ghazali melalui kitabnya Riyadah al-Nafs menghuraikan kaedah untuk seseorang itu mengenali kelemahan atau aib dirinya sendiri, iaitu dengan 4 cara:

1. Berada atau berjumpa di hadapan guru yang mursyid dan soleh kerana beliau akan menyatakan kelemahan kita.


2. Bersahabat dengan rakan yang setia atau jujur yang mampu memberi nasihat kepada kita.


3. Mengambil faedah daripada aibnya melalui musuhnya.


4. Mengambil faedah melalui pergaulan dengan manusia.



-kitab Syarah Al-Hikam-

Hati yang mati


"sebahagian tanda matinya hati ialah jika tidak merasa sedih kerana tertinggalnya suatu amal kebaikan (kewajiban) juga tidak menyesal jika terjadi sesuatu pelanggaran dosa."
-Ibnu Atahillah-

matinya hati...kerana tidak sedih melakukan maksiat...
matinya hati juga...kerana tidak menyesal dengan melakukan maksiat..

hati yang hidup terasa gundah dan resah dengan maksiat dan terasa kelazatan dan ketenangan dengan sebab taat.




sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang berasa gembira dengan kebaikannya dan merasa susah hati dengan kejahatannya maka dialah orang mukmin."
(riwayat Imam Ahmad, Al-Tirmizi, Al-Hakim)

Ibn mas'ud r.a berkata"

"orang mukmin melihat dosa dirinya seumpama dia berada di bawah bukit yang akan menghempapnya, manakala orang munafik melihat dosanya seumpama lalat yang menghinggap di atas hidung, maka dia menepisnya dengan tangan lalu terbanglah lalat tersebut."

Syeikh al buti berkata :

Apabila hati dipenuhi perasaan cinta kepada Allah SWT, membesarkanNya dan takut kepadaNya.Itulah tanda hati yang hidup dan sebaliknya pula ialah hati yang mati."

Imam Al-ghazali berkata :

Sesungguhnya dalam hati manusia tersimpan permata yang amat bernilai bagi manusia. Pertama, akal dan makrifah sebagai puncaknya yang menjadi pangkal kebahagiaan dunia dan akhirat. Kemudian mata hati boleh menentukan bagi mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT."