Thursday, October 15, 2009

5 dugaan bagi para mukmin,da'ei dan mujahidin

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
astaghfirullahala'zim..subhanallh..alhamdulillah..Allahuakbar..
alhamdulillah sy msh dberi pluang untuk berkongsi sesuatu y insyaAllah dpt memberi sedikit sebanyak manfaat buat saudara dan saudariku..

baru-baru ni sy ada baca hasil nukilan fathi yakin mengenai rintangan perjuangan dlam kehidupan pendakwah..terdapat satu hadis yang menarik perhatian sy..mengenai dugaan-dugaan bagi para mukmin,da'ei dan mujahidin..

Rasulullah S.A.W bersabda:

Orang Mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah:

1. Mukmin yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya
(Hadith ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dan hadith Anas
dalam tajuk: “Akhlak Yang Luhur.”)

saudara2ku...
ketahuilah..nabi-nabi yang terdahulu telah banyak menghadapi ujian-ujian dariNya..
jika nk dibandingkan dengan ujian yang kita hadapi sekarang..mmg x kn seberat dan sehebat ujian para nabi Allah..
ketahuilah...kita xkan dpat lari dr ujian-ujian Allah..samada kita org yang beriman atau x..sumua pasti merasai ujian masing-masing..
sejauh mana kita menghadapinya itulah yang dinilai oleh yang maha pengasih lagi maha penyayang..

ya Allah..berikan lah kepada ku dan juga saudara2ku kekuatan dan petunjuk dlam menghadapi ujian-ujianMu..kami akui kami lemah ya Allah..hnya padaMu kami serahkan segala-galanya..

Saturday, October 10, 2009

Keputusan..

Bismillahirrahmanirrahim...Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar. dan selawat dan salam buat junjungan kita nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda serta buat sahabat baginda yang kita kasihi..
alhamdulillah..sy smpt meluangkan waktu untuk mnziarahi blog sy balik setelah kesibukan demi kesibukan melanda dri..=)

sejak akhir2 ni..sy sering berfikir mengenai membuat keputusan yang betul..Dalam kehidupan..satu masa kita pasti akan berhadapan saat kita harus buat satu keputusan yang jika kita silap akan memberi kesan pada kita untuk masa akan datang nanti.Menjadi lebih baik atau tidak.

Sedar atau tidak..banyak faktor yang akan mempengaruhi keputusan kita masing2.Faktor persekitaran, kepentingan diri, kemahuan diri, dan macam-macam lagi.

Yang membuatkan persoaalan adalah..apa kita pasti jalan yang kita pilih atau keputusan yang kita buat adalah satu keputusan yang terbaik untuk kita..atau ia adalah satu petunjuk dan naluri yang ditunjuk oleh Allah?

Jika Nabi Allah Musa a.s pernah berdoa..memohon daripada Allah agar Allah menampakkan zat-Nya supaya lebih meningkatkan lagi keyakinannya dan keimanannya kepada Allah..

Berkatalah Musa dalam munajatnya dengan Allah: "Wahai Tuhanku, nampakkanlah zat-Mu kepadaku, agar aku dapat melihat-Mu"

Allah berfirman: "Engkau tidak akan sanggup melihat-Ku, tetapi cubalah lihat bukit itu, jika ia tetap berdiri tegak di tempatnya sebagaimana sedia kala, maka nescaya engkau akan dapat melihat-Ku."

Lalu Nabi Musa menoleh mengarahkan pandangannya ke arah bukit yang dimaksudkan itu yang seketika itu juga dilihatnya hancur luluh masuk ke dalam perut bumi tanpa menghilangkan bekas. Maka terperanjatlah Nabi Musa, gementarlah seluruh tubuhnya dan jatuh pengsan.

Setelah ia sedar kembali dari pengsannya, bertasbih dan bertahmidlah ia seraya memohon ampun kepada Allah atas kelancangannya itu dan berkata: "Maha Besarlah Engkau wahai Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku dan aku akan menjadi orang yang pertama beriman kepada-Mu."

Jika nabi Allah dahulu..menguatkan pndirian,keimanan dan keputusan mereka mcam ni..bagaimana pula kita hamba yang lemah,dhaif dan sering diuji dgn syaitan dan hawa nafsu?

wassalam..

Friday, October 2, 2009

Pesona Cinta

Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yang berlalu
Dari sekadar impian yang kaku

Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak ke hujung

Lilin yang menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja

Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya

Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati

Kesucian cinta
Ikhlas tak diundang
Perliharalah...

Artis: hijjaz

Friday, August 14, 2009

Bismillahirrahmanirrahim..dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang..Maha suci Allah..Selawat dan salam buat junjungan kita nabi Muhammad S.A.W dan juga sahabat-sahabat beliau..Alhamdulillah sy nak kongsi sesuatu yang saya baca dalam petikan surat khabar mengenai etika pemakaian muslim muslimah.

HARI ini nak pakai baju mana ya? Ini soalan yang kita biasa tanya diri kita jika nak keluar bekerja, membeli-belah, menziarahi seseorang dan majlis tertentu, sama ada lelaki atau perempuan, remaja atau yang berusia.

Biasanya kita memilih pakaian yang paling kita suka. Dalam Islam ketika memilih pakaian, kita ada identiti tersendiri.

Semuanya kena ambil kira, soal fiqah dan syariat. Sebab pakaian yang kita pakai sangat kuat terikat dengan keyakinan dan iman dalam hati kita. Malah, pakaian adalah lambang keimanan.

Sebabnya Allah sudah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." (al-Ahzab: 59)

Rupanya soal pakaian ada disebut kod dan etikanya dan panduan ini mesti diikuti semua Muslimah.

Berpakaian tak boleh ikut suka kita saja sebab kita hamba Tuhan. Sebagai hamba kena ikut tauke dan kalau tidak ikut juga dah kira lawan tauke.

Kali ini saya ingin menyentuh mengenai pakaian remaja yang nampaknya sudah tidak mengikut kod dan etika al-Quran.

Adik-adik remaja di luar sana sudah tidak menghiraukan lagi halal haram dalam pemakaian, asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut gaya fesyen terkini.

Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian '2H' iaitu 'Halal' tetapi 'Haram'.

Ini amat ketara jika kita perhatikan di sekeliling kita, ramai remaja yang bertudung. Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat.

Bagaimanapun, jika diperhatikan, ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling glamor dan popular di kalangan remaja bertudung.

Suatu ketika dahulu, pakaian sedemikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah ia menjadi pakaian yang dialu-alukan.

Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak bersangkutan dan berampaian di gedung pakaian di negara kita ini. Pelbagai fesyen baru hadir bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak-kanak dan remaja.

Sebilangan daripada remaja kita juga lupa atau tidak tahu jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya.

Ustaz harap adik-adik remaja berhentilah daripada kebiasaan ini kerana dilaknat Allah. Ini jelas dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Ada pula yang berkata: "Berpakaian menutup aurat dan bertudung, nanti tak cantik." Siapa kata tak cantik kalau bertudung, bahkan kelihatan manis, beradab, bersih dan ada gaya tersendiri, sekali gus membezakan antara Muslimah dan bukan Islam.

Ada pula yang berkata, rambut adalah 'mahkota', jadi kenalah tunjuk. Kata-kata itu sangat tidak betul kerana jika rambut mahkota, kenalah simpan baik-baik.

Mengapa kena simpan? Ini kerana raja dan permaisuri pun hanya pakai mahkota di tempat tertentu saja, tak dibawanya ke pasar, kelab malam, padang dan lain-lain tempat, malah di tempat tertentu dan orang tertentu sahaja.

Tunjuklah mahkota itu pada suami tercinta sahaja, bukannya dikongsi dengan orang lain.

Ada pula yang berkata 'ikut fesyen moden dengan seksi dan terdedah senang pikat lelaki dan dapat kekasih.'

Aduhai remaja, jangan rendahkan martabat kita sebab bimbang nanti lelaki akan mempermainkan anda. Kerap berlaku kes 'dapat manis sepah dibuang' iaitu jadi bahan seronok saja.

Kalau dapat kahwin pun tak lama putus di tengah jalan. Rumah tangga dibina akhirnya tinggal tangga sahaja. Ingatlah, pakaian ahli syurga ialah menutup aurat.

-petikan dari metro-

mudah-mudahan dapat memberi sedikit manfaat buat muslimin muslimat smua..wassalam..(^_^)

Perginya Ustaz Asri


Bismillahirrahmanirrahim..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Astaghfirullahalazim..subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar..pagi 13 August seorang lagi saudara islam yang kita smua sayangi telah kembali ke rahmatullah..Allahyarham ustaz asri..insyaAllah sy yakin ramai yang kenal dgn Allahyarham,vokalis utama kumpulan nasyid terkenal Rabbani..marilah kita same2 umat islam sedekahkan Al-fatihah untuk Allahyarham ustaz asri..moga roh Allahyarham diberkati dan tergolong dalam golongan yang beruntung di akhirat kelak..amiin..

Tuesday, July 28, 2009

PERGINYA DIA

Perginya dia,
mengajar aku betapa singkatnya hidup..

Perginya dia,
Mengajar aku tentang tujuan hidup didunia ini..

Perginya dia,
Menyedarkan aku bahawa maut itu semakin hari semakin hampir denganku…

Perginya dia,
Membuatkan kematian selalu terbayang-bayang dalam selaput mindaku…

Perginya dia,
Menyedarkan aku, untuk lebih… menghargai hari yang berbaki untukku..

Duhai sahabat…
Takkan pernah aku lupakan jasamu padaku…
Takkan pernah aku lupakan pengorbananmu padaku..
Takkan pernah aku lupakan detik-detik manisku bersamamu walaupun sekejap..

Dikau sahabatku yang banyak mengenalkan aku tentang erti ketabahan,keyakinan dan kesabaran..

Kanku selalu panjatkan doa buatmu dan keluargamu agar kamu sekeluarga bahagia di sana nanti..insyaAllah..
Ya Allah izinkan daku untuk meneruskan perjuangan sahabatku ini…amin..ya rabbal a’lamin…

Monday, June 1, 2009

3 persoalan?

Dari mana kita datang?
Untuk apa kita hidup di dunia ni?
Ke mana kita akan dikembalikan?

Dari mana kita datang?
1-Dari Allah yang Maha mencipta.
2-Dari tanah

Untuk apa kita hidup di dunia ni?
1-Hakikat yang sebenarnya hanya untuk mengabdikan diri kepada Allah.

Ke mana kita akan dikembalikan?
1-Kembali kepada yang mencipta Allah Azza Wajalla
2-Kembali ke tanah dari mana kita diciptakan.