Monday, November 9, 2009

"Biar hati disakiti...tapi ya Allah...ku mohon peliharalah aku dari menyakiti mereka..
Biar pun dengan kata-kata atau perbuatan sekalipun...ampunkanlah mereka ya Allah...Janganlah Engkau membenci mereka...



Tapi jika aku telah menyakiti mereka...maafkanlah daku...ampunkan daku hambaMu yang hina ini ya Allah..
Sesungguhnya Engkau mengetahui yang aku tak sanggup berbuat begitu..."

Saturday, November 7, 2009

Bismillahirrahmanirrahim..


Siapa orang yang tidak pernah berbuat salah sama sekali?

Siapa orangnya yang hanya memiliki kebaikan saja?


Setiap orang takkan lari dari melakukan kesalahan dan dosa..

takkan ada hambaNya yang penuh dengan kebaikan tanpa kejahatan..

kerana kita bukan manusia yang sempurna dan maksum...

Janganlah terlalu bersedih dgn dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan lalu..

kerana Dia Maha pengampun lagi Maha menerima taubat-taubatmu...

Dia pasti menerimamu...



"Setiap anak Adam itu bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang yang sentiasa bertaubat dan kembali kepada Allah." -Hadith riwayat At-tirmizi-

Friday, November 6, 2009


Wanita...lembut dalam pandangan mata...tapi bisa menggugat isi dunia"

"Wanita...kerananya lelaki menerobos tembok besi, gagah menjulang risalah Nabi.... Wanita...kerananya lelaki terjerumus ke lembah kibir firauni, melapah manusiawi..."


-Said Nursi-

Jangan berhenti

“Melangkahlah jangan berhenti, tersenyumlah jangan menangis.

Biarkanlah yang berlaku terus berlalu kerana apa yang berlalu tidak akan berlaku lagi.

Past is past, done is done, gone is gone.

Jangan terlalu asik menoleh kebelakang, dibimbangi kakimu tersadung akar lalu kamu jatuh menyembah bumi.

Maralah terus ke hadapan. Positif dan optimis, insyaAllah, kebahagiaan menjadi milik kita.”


Wednesday, November 4, 2009

Tahu dan Rasa?

Bismillahirrahmanirrahim..

Anda semua mesti tau kan sape Tuhan kita?
hmmmm....soalan pe ni?budak2 pun tau?hamba2 comel Allah kat tadika pn tau..=)
mmg...budak2 tadika pn tau jawapan tu..semestinya Allah..

semua umat islam tau Allah Tuhan kita..(klo ada lg yang x tau tu wallahualam la=))

Allah...
Tuhan yang memberikan rezeki kpd seluruh makhluk2Nya..
Tuhan yang menciptakan semua yang ada kat dunia nie..
Tuhan yang memberikan kasih sayang agar seluruh manusia di dunia nie hidup dalam ikatan dan limpahan kasih sayang sesama insan..

Tapi..

Sejauh mana kita semua merasai akan kewujudan Allah?
Sejauh mana kita merasai akan kekuasaan Allah?
Cukup ke dengan hanya tau sape Tuhan kita, tapi tak rasa yang Allah tu ada..Nauzubillah..
mudah2an kita semua jauh dari sifat mcm tue..insyaAllah..


Fikir2kanlah dan sama2 kita muhasabah diri..
mudah2an kita termasuk dlm golongan yang slalu ingat kpd Allah..

Renunglah segala ciptaanNya di dunia ini yang menjadi bukti tanda-tanda kekuasaanNya..
Slalulah bersyukur dengan nikmat yang diberikan..
Ingat..semua yang kita dapat nie..hakikatnya bukan milik kita dan bukan untuk selama-lamanya...wassalam...