Monday, May 25, 2009

Usahlah Bersedih?

Usahlah bersedih..
kerana takkan terjadi sesuatu musibah tanpa hikmah..

Usahlah bersedih..
kerana pasti DIA akan gantikan sesuatu yang lebih baik buatmu..

Usahlah bersedih..
kerana dunia yang hina ini tak layak untuk ditangisi..

Usahlah bersedih..
kerana dirimu bukannya keseorangan, Dia ada, dekat sekali..

Usahlah bersedih..
kerana boleh jadi sesuatu yang kamu suka adalah buruk buatmmu,dan boleh jadi sesuatu yang kamu benci pula amat baik buatmu..

Usahlah bersedih..
kerana masih ada lagi insan yang menyayangimu..

Usahlah bersedih..
kerana boleh jadi ujian itu satu anugerah buatmu..

Usahlah bersedih..
kerana kita mempunyai kehidupan yang lain, yang lebih kekal, yang lebih hakiki.

Usahlah bersedih..
kerana setiap kritikan itu bukan pemusnah buat dirimu tapi sumber kekuatan, sumber inspirasi..

Usahlah bersedih..
kerana kesedihan hanya membuatkan dirimu lemah, lalai dan rosak..

Usahlah bersedih..
kerana kasih sayang, rahmat dan pengampunanNya melebihi segala-galanya...

pesanan buat diri dan semua..
Jangan putus asa dengan rahmatNYa, bersangka baiklah denganNYa, bersabarlah menghadapi ujian-ujianNya, redhalah dengan segala ketentuanNya, kerana...

PERTOLONGAN ALLAH ITU SANGAT DEKAT!...YAKINLAH..

No comments: