Saturday, March 13, 2010

~Titian Kehidupan~


Hidup Ini Hanya Seketika..
Bekalan Perjalanan Menuju Ilahi,
Yang Tak Pasti Panjang Singkatnya..
Bila-Bila Masa Kita Akan Dipanggil Pergi,
Untuk Bertemu Dengan-Nya..
Untuk Dihitung Amalanmu..
Untuk Dikira Segala Kerjamu Di Dunia..
Maka Sinarilah Kesempatan Waktu Yang Ada,
Dengan Limpahan Iman Dan Taqwa..
Sebagai Bekalan Menyinari Kegelapan Persemadianmu Di Alam Barzakh..
Siramilah Ketandusan Jiwamu Dengan Keagungan Kalimah-Nya,
Yang Penuh Keberkatan..
Yang Penuh Keampunan..
Yang Penuh Keredhaan..
Agar Rahmat-Nya Kembali Mewarnai Istana Kehidupan Muslimin Muslimat Sejati..
Taman Dunia Tidak Kekal Lama,
Ibarat Bunga Layu Akhirnya..
Cintailah Akhirat Di Sana,
Kerana Ia Kekal Selama-Lamanya..
Cintailah Akhirat Di Sana,

Kerana Ia Kekal Selama-Lamanya..

No comments: