Monday, May 25, 2009

kerana bulu mata masuk syurga?

Assalamualaikum w.b.t..(^_^)

bulu mata?ape kaitan dengan syurga?
ciri-ciri bulu mata camne yang boleh dikategorikan masuk syurga?
ade ke?yang lebat ke yang nipis?

sebenarnya bukan tu maksud tajuk ana ni..(^_^)
mungkin ada sesetengah yang da tau ape maksud bulu mata tu..
haa..bg yg blum tau tu..ana nk story ckit..

Rasullah s.a.w ade bersabda:
"Bahawa tidak akan masuk syurga orang yang menangis kerana takut kerana Allah sehingga ada air susu yang kembali ke tempat asalnya."

ni la maksud ana..bukan ciri-ciri bulu mata tu yang Rasulullah tekankan, tebal ke nipis ke, pakai eyesbrow ke, tapi fungsi bulu mata tu..mesti ada antara anta/anti yang fikir," klo camtu senang la nk masuk syurga, kne nangis je la..tapi sedar ke tak yang anta/anti nangis tu disebabkan ape.

Mungkin senang untuk mencurahkan air mata, tapi tu mungkin atas dasar duniawi bukan kerana takutkan Allah.memang ana akui yang ana sendiri pun susah nk menangis kerana takutkan Allah, tapi bukan sebab ana tak takut..Perasaan takut sampai nak menangis tu mungkin tak ada lg..Astaghfirullah..bagi anta/anti yang da berjaya menangis sebab takutkn Allah, alhamdulillah, tapi bagi ana bukan senang nak takut sampi menangis kepada Allah.

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang
hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya,dan telah
diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku,Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda,sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t.
mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat
takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka
dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t.
Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai
rambut."

moral:
Jangan sia-siakan air matamu untuk perkara yang sia2 sebaliknya tangisilah sebagai dengan rasa kehambaan dan takut akan dosa2 kita pada Allah.

Jangan ditakuti mati akan tiba, sebaliknya takutlah jika diri masih hidup tapi jauh dari Allah.

wassalam..

1 comment:

Permata said...

Sesungguhnya Allah Maha pengampun dan Maha Penyayang..