Saturday, January 9, 2010

Hati yang mati


"sebahagian tanda matinya hati ialah jika tidak merasa sedih kerana tertinggalnya suatu amal kebaikan (kewajiban) juga tidak menyesal jika terjadi sesuatu pelanggaran dosa."
-Ibnu Atahillah-

matinya hati...kerana tidak sedih melakukan maksiat...
matinya hati juga...kerana tidak menyesal dengan melakukan maksiat..

hati yang hidup terasa gundah dan resah dengan maksiat dan terasa kelazatan dan ketenangan dengan sebab taat.




sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang berasa gembira dengan kebaikannya dan merasa susah hati dengan kejahatannya maka dialah orang mukmin."
(riwayat Imam Ahmad, Al-Tirmizi, Al-Hakim)

Ibn mas'ud r.a berkata"

"orang mukmin melihat dosa dirinya seumpama dia berada di bawah bukit yang akan menghempapnya, manakala orang munafik melihat dosanya seumpama lalat yang menghinggap di atas hidung, maka dia menepisnya dengan tangan lalu terbanglah lalat tersebut."

Syeikh al buti berkata :

Apabila hati dipenuhi perasaan cinta kepada Allah SWT, membesarkanNya dan takut kepadaNya.Itulah tanda hati yang hidup dan sebaliknya pula ialah hati yang mati."

Imam Al-ghazali berkata :

Sesungguhnya dalam hati manusia tersimpan permata yang amat bernilai bagi manusia. Pertama, akal dan makrifah sebagai puncaknya yang menjadi pangkal kebahagiaan dunia dan akhirat. Kemudian mata hati boleh menentukan bagi mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT."

No comments: