Saturday, January 9, 2010

Usahamu untuk Mengetahui ciri-ciri aib

Syeikh Zarruq berkata :

" Jangan kamu sibukkan dirimu dengan meminta makrifah dan perkara ghaib yang lain tetapi sibukkanlah dengan mengetahui apa kelemahan dan keaiban pada dirimu."

Ibnu Athaillah:

"Usahamu untuk mengetahui ciri-ciri aib yang masih ada di dalam dirimu itu lebih baik daripada usahamu untuk mengetahui perkara ghaib yang terhijab ( disembunyikan daripada pandangan)."

Berusaha supaya terbuka hijab perkara yang ghaib-ghaib seperti karamah (kemuliaan) dan lainnya itu hendaklah dikemudiaankan. Perkara pokok yang utama ialah dengan menyibukkan diri mencari atau mengetahui keaiban atau kecacatan yang ada pada diri sendiri untuk diislahkan atau untuk diperbaiki. Inilah cara yang terbaik untuk mendapat apa yang kita hajati.

Imam Al- Ghazali melalui kitabnya Riyadah al-Nafs menghuraikan kaedah untuk seseorang itu mengenali kelemahan atau aib dirinya sendiri, iaitu dengan 4 cara:

1. Berada atau berjumpa di hadapan guru yang mursyid dan soleh kerana beliau akan menyatakan kelemahan kita.


2. Bersahabat dengan rakan yang setia atau jujur yang mampu memberi nasihat kepada kita.


3. Mengambil faedah daripada aibnya melalui musuhnya.


4. Mengambil faedah melalui pergaulan dengan manusia.



-kitab Syarah Al-Hikam-

No comments: